blog perkongsian ilmu,
tips-tips,
tutorial,
isu semasa,
kisah lucu,... relakskan minda korang di sini .

Pages

Thursday, February 16, 2012

Malek Noor Nikah Doktor Pakar 12 Mac 2012


PETALING JAYA: Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang doktor pakar.

Malek berkata, majlis pernikahannya dengan ibu kepada lima orang anak itu akan diadakan secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Kota Baharu, Kelantan pada 12 Mac depan.
Majlis resepsi perkahwinan pula akan diadakan sehari selepas itu di Hotel Renaissance, Kota Baharu.
Menurut Malek, dia amat bersyukur ketika berusia 56 tahun, Allah menemukan jodohnya dengan seorang wanita yang benar-benar mengambil berat terhadapnya selain bersifat penyayang.

“Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana membuka pintu hati saya untuk berkahwin dan menemukan saya dengan wanita yang benar-benar baik untuk dijadikan seorang isteri,” katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

10 Perkara Yang Merosakkan Otak

Amat penting untuk kita menjaga otak kita.Seperti yang kita tahu, otak bukan sekadar untuk berfikir, otak sebenarnya mempunyai kelebihan luar biasa yang apabila kita pandai untuk menggunakannya, akan memberikan kita impak yang  besar dalam kehidupan seharian kita.

Merujuk kepada gambar di bawah, yang saya ambil dari facebook, merupakan 10 perkara yang merosakkan otak. Dengan pengetahuan ini, diharap dapatlah kita sama-sama mengambil iktibar daripada 10 perkara itu, melakukan apa yang patut dan meninggalkan apa yang tidak perlu supaya kita dapat menggunakan otak kita optimum!

Setiap point di bawah telah pun diberi penerangan yang begitu jelas dan mudah difahami =)




Jadi, saya ringkaskan di sini,  10 perkara yang boleh merosakkan otak adalah :

1. tidak mengambil sarapan pagi
2. terlebih makan
3. merokok
4. mengambil gula berlebihan
5. menghidu udara yang tercemar
6. tidur yang berlebihan
7. tidur dengan menutup muka
8. kurang berimaginasi
9. jarang berfikir
10. tidak membaca Al-Quran.





related search : otak, 10 perkara yang merosakkan otak, menjaga otak, otak sihat.

Sunday, February 12, 2012

Restoran turut jadi sarang GRO

KUALA LUMPUR - Polis mendedahkan bahawa siasatan terhadap segelintir pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing yang ditahan mendapati wanita-wanita itu telah sewenang-wenangnya keluar masuk Malaysia sehingga 10 kali walaupun pernah ditangkap atas kesalahan melacur.
Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, maklumat itu diperoleh berdasarkan soal siasat terhadap GRO yang pernah ditahan sebelum ini dan wanita-wanita yang ditahan dalam serbuan serentak di tiga tempat sekitar ibu negara semalam.

SEBAHAGIAN pengunjung dan GRO sebuah kelab malam memberi kerjasama kepada polis ketika proses mengambil keterangan dilakukan.


Katanya, selain itu, antara cabaran dan kesukaran untuk mengekang kegiatan GRO asing adalah kerana mereka datang ke negara ini atas kapasiti sebagai pelancong.
"Saya akan mencadangkan kepada Jabatan Imigresen supaya membuat saringan lebih ketat di pintu masuk negara ke atas mana-mana wanita yang mempunyai rekod salah guna pas lawatan sosial dan bekerja sebagai GRO.

"Kita tidak boleh menyekat kemasukan pelancong, namun jika ada saringan lebih ketat ia dapat mengurangkan kegiatan tidak bermoral itu," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan polis yang menahan 104 GRO dalam serbuan serentak di tiga premis di Serdang, Jalan Pudu dan Bukit Bintang di sekitar ibu negara kelmarin.
Kesemua GRO dari China, Thailand, Vietnam serta Uganda berusia di antara 16 dan 35 tahun itu ditahan ketika sedang asyik melayan pelanggan masing-masing di dua buah pusat hiburan dan sebuah restoran di tiga lokasi itu.

sumber : kosmo! online

Saturday, February 11, 2012

Kelantan Kembali Terajui Liga Super

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Kelantan kembali menerajui kedudukan teratas Liga Super hasil kejayaan menewaskan Terengganu 2-1 di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Baharu Sabtu.

Pasukan terkenal dengan jolokan 'The Red Warriors' itu kini mengutip 17 mata iaitu dua mata di hadapan pencabar terdekat Perak selepas mengharungi tujuh perlawanan.





credit



Penyerang berbisa Norsharul Idlan Talaha memecah kebuntuan pasukan tuan rumah hasil jaringan pada minit ke-37 menerusi hantaran kemas Mohd Nurul Azwan Roya.

Kelantan kemudiannya menggandakan kedudukan 2-0 menerusi kapten pasukan Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-52.

Gol tunggal Terengganu hanya hadir pada pada minit terakhir perlawanan menerusi jaringan Mohd Ashari Shamsudin.

Sementara itu, harapan Perak untuk terus menduduki tangga teratas liga berkecai apabila tewas 0-2 kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dua gol T-Team dijaringkan Bojan Petric pada minit ke-56 dan sepakan penalti Zairo Anuar Zailani (minit ke-88).

Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya, pasukan Selangor seperti hilang bisa apabila tewas 0-2 kepada pasukan bertaraf kelab, Selangor PKNS.

Gol Selangor PKNS dijaringkan oleh Rudie Ramli pada minit ke-33 dan Helmi Remeli (minit ke-60).

Sarawak pula menewaskan Felda United 2-1 di Stadium Negeri Sarawak, Kuching.

Gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Vedran Murotovic pada minit ke-45 dan Asri Chuchu pada minit ke-84, Manakala gol tunggal Felda United di sumbangkan oleh Mohd Firdaus Faudzi.

Pasukan Lions XII mengalahkan Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Dua tuan rumah dijaringkan oleh Mohd Shahril Ishak pada minit ke-31 dan minit ke-60 dan Shahdan Sulaiman menjaringkan gol ketiga pada minit ke-50.

Negeri Sembilan memperoleh gol tunggal hasil jaringan Mohd Firdaus Azizul pada minit ke-90.

Kedah pula seri 2-2 dengan Sabah di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Gol kedah dijaringkan oleh Mohd Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-38 dan Mohd Faizal Abu Bakar (minit ke-39) manakala dua gol Sabah disumbangkan oleh Sharudin Yakup pada minit 21 dan 56.

Pasukan tercorot, Kuala Lumpur terus dihantui kekalahan setelah tumpas 0-2 kepada Johor FC di Stadium Hang Jebat, Melaka. Gol Johor FC dijaringkan Mohd Haris Safuan Mohd Kamal pada minit keenam dan Jasazrin Jamaluddin pada minit ke-83.

sumber :Bernama

Minda Separa Sedar Rakam Semuanya

Minda separa sedar Anda bertindak menjadi perakam video yang akan merakam kesemua fikiran Anda.

Minda separa sedar menangangkap segala respon fikiran Anda pada persekitaran Anda – situasi yang Anda lalui setiap masa, orang yang Anda jumpa, perkara yang Anda buat, aktiviti Anda,perilaku Anda, imaginasi Anda, mainan fikiran Anda, kata-kata hati Anda.
Apa yang direkod oleh minda separa sedar akan dilaksanakan sebagai arahan dengan cara ‘terima dan laksana’.

credit

Minda separa sedar anggap apa yang Anda selalu fikirkan, itulah yang perlu di realisasikan di dunia sebenar. Apabila Anda kerap teringat seseorang, secara tiba-tiba orang tu akan menelefon Anda atau Anda terserempak dengannya tanpa di sangka-sangka. Sebenarnya ini semua kerja minda.
Sebagai contoh, apabila Anda kerap membayangkan Proton Inspira sebagai kereta idaman Anda, secara tiba-tiba Anda akan selalu nampak kereta Proton Inspira ke mana saja Anda pergi, di mana jua Anda berada.

Apabila Anda sering membayangkan telefon bimbit idaman, Anda akan perasan yang Anda kerap ternampak handphone idaman Anda tu di mana-mana – di dalam gambar, dalam iklan, dalam tangan kawan Anda atau simply dalam majalah yang Anda baca.
Semua itu terjadi sebab Anda kerap memikirkannya!

Minda separa sedar bekerja di luar batasan logika. Anda takkan tahu bagaimana minda separa sedar bekerja, seperti mana Anda tak tahu cemana handphone Anda menghantar sms kepada kawan Anda dalam masa satu saat saja. Yang Anda tahu, taip sms dan tekan send, kan?. Begitu juga minda separa sedar.

Secara asas, minda separa sedar memberi respon pada fikiran Anda iaitu perkara yang kerap Anda fikirkan, yang kerap Anda bayangkan, yang kerap Anda imaginasikan.
Minda separa sedar sensitif pada FEEL Anda dan EMOSI Anda ketika membayangkan sesuatu dengan kerap.

Sebab itulah kenapa orang yang bermasalah sering menjumpai lebih banyak masalah sebab fikirannya di dominasi oleh masalah, emosinya didominasi oleh FEEL tertekan dek memikir masalah. Orang yang gembira jadi bertambah gembira sebab fikirannya di dominasi oleh FEEL gembira.

Orang yang selalu berfikir pasal kegagalan akan selalu gagal sebab dia banyak memikirkan kegagalan yang dilaluinya.
Orang yang berfikir pasal kejayaan banyak mencapai kehebatan sebab dia banyak berfikir mengenai kejayaan yang mahu dicapainya.

Seperti yang di katakan dulu, apa yang kerap Anda fikirkan, itulah yang akan terjadi. Fikirlah yang baik-baik, supaya semua yang terjadi dalam hidup Anda baik-baik belaka.

sumber : imotivasi

Encik Lamin Yang Kedekut

Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya.

Tok Penghulu: Selamat pagi En. Lamin.

En Lamin: Selamat pagi, ada apa Tok .. pagi-pagi datang ke mari....?

Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya En. Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. En. Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masaalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil.. bagi kemajuan kampung ini.

En Lamin: Aduh tok adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?

Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu...saya tak tau plak..

En Lamin: Apa Tok tau juga kalau saudara saya itu seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perawatan?

Tok Penghulu: Kalau begitu.. saya minta maaf.
(sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan menambah)

En Lamin: Apa tok juga tau kalau suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anak nya tanpa harta dan warisan?

Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).

En Lamin: Jadi,...pendek kata... mereka ajer tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.

lawak di rumah sakit jiwa

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"

lelaki senyum kurang menawan wanita

LONDON: Jika anda lelaki, berhenti berharap untuk menggoda wanita kontemporari, dengan senyuman. Kajian terbaru manunjukkan, wanita kini tidak lagi menganggap lelaki yang gemar tersenyum sebagai pasangan yang menarik. menurut penyelidikan pakar psikologi Universiti Columbia di Kanada, wanita lebih berminat kepada lelaki yang menunjukkan ciri ego dan pemalu. Kajian itu dibuat bagi mengetahui sama ada nasihat supaya sentiasa senyum ketika bertemu seseorang dibuat hasil keputusan ujian makmal.


credit
Penyelidikan menggunakan lebih 1,000 gambar lelaki dan wanita dengan pelbagai ekspresi muka dan ditunjukkan kepada responden. Mereka kemudian diminta memberi markah berdasarkan kepada daya tarikan ditunjukkan setiap wajah berkenaan. Seorang daripada penyelidik berkata, sikap ego yang dipaparkan lelaki mungkin menyebabkan dia kelihatan lebih meyakinkan dan mampu menjadi pelindung wanita.

credit
 p/s : hakikatnya, senyum itu, tidak kiralah lelaki ke perempuan ke, akan menambahkan manis di wajah mereka yang senyum kan. dan senyum juga sebenarnya merupakan satu sedekah. senyum juga dapat merapatkan hubungan sesama manusia. senyum dapat memberikan impresi pertama yang baik. dalam kata lain, senyum sebenarnya memberikan 1001 kebaikan. jadi, jom kita senyum ! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...