blog perkongsian ilmu,
tips-tips,
tutorial,
isu semasa,
kisah lucu,... relakskan minda korang di sini .

Pages

Tuesday, January 3, 2012

OSBON JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ASTRO

hah! siapa lagi kalau tak lain tak bukan yang memenangi tempat pertama Maharaja Lawak Mega (MLM) 2011 kalau tidak OSBON. Kumpulan Osbon ini dianggotai oleh Os dan juga Abon memang menepati ramalan ramai dan muncul juara dan mendapat habuan RM350,000 pada pertandingan peringkat akhir di Stadium Melawati. Kumpulan Boboi, adalah pesaing terdekat muncul naik juara dan diikuti oleh kumpulan Saehu.

tempat pertama : Osbon (RM350,000)
tempat kedua : Boboi     (RM250,000)
tempat ketiga : Saehu     (RM150,000)
Pada pertandingan peringkat separuh akhir di Johor Bahru, Johor pada 23 Disember lalu, Osbon dan Boboi mendahului semua peserta dengan masing-masing mendapat 72 markah diikuti Saehu (59), Syok (58) dan Pi Mai (49).




Sementara itu, kumpulan Syok menjadi pemenang keempat dengan meraih hadiah RM50,000 pada pertandingan yang disiarkan melalui saluran Astro Warna. Pertandingan itu mengadili para pemenangnya menerusi 70 markah daripada para pengkritiknya manakala 30 markah lagi diperolehi menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton di rumah.

Tiga pengkritik tetap MLM ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dan Zainal Abidin Hassan manakala pengkritik jemputan pada final pertandingan itu ialah pelakon Aaron Aziz.

Selain Osbon dan Boboi, MLM turut disaingi oleh dua lagi kumpulan iaitu SYOK yang dianggotai oleh Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin dan Saehu (Eko, Bocil dan Vicha).


Osbon


Boboi


Saehu


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...