blog perkongsian ilmu,
tips-tips,
tutorial,
isu semasa,
kisah lucu,... relakskan minda korang di sini .
tips-tips,
tutorial,
isu semasa,
kisah lucu,... relakskan minda korang di sini .
Pages
Thursday, February 16, 2012
Malek Noor Nikah Doktor Pakar 12 Mac 2012
PETALING JAYA: Bekas juara bina badan Asia, Datuk Malek Noor akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang doktor pakar.
Malek berkata, majlis pernikahannya dengan ibu kepada lima orang anak itu akan diadakan secara sederhana di rumah keluarga perempuan di Kota Baharu, Kelantan pada 12 Mac depan.
Majlis resepsi perkahwinan pula akan diadakan sehari selepas itu di Hotel Renaissance, Kota Baharu.
Menurut Malek, dia amat bersyukur ketika berusia 56 tahun, Allah menemukan jodohnya dengan seorang wanita yang benar-benar mengambil berat terhadapnya selain bersifat penyayang.
“Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana membuka pintu hati saya untuk berkahwin dan menemukan saya dengan wanita yang benar-benar baik untuk dijadikan seorang isteri,” katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.
10 Perkara Yang Merosakkan Otak
Amat penting untuk kita menjaga otak kita.Seperti yang kita tahu, otak bukan sekadar untuk berfikir, otak sebenarnya mempunyai kelebihan luar biasa yang apabila kita pandai untuk menggunakannya, akan memberikan kita impak yang besar dalam kehidupan seharian kita.
Merujuk kepada gambar di bawah, yang saya ambil dari facebook, merupakan 10 perkara yang merosakkan otak. Dengan pengetahuan ini, diharap dapatlah kita sama-sama mengambil iktibar daripada 10 perkara itu, melakukan apa yang patut dan meninggalkan apa yang tidak perlu supaya kita dapat menggunakan otak kita optimum!
Setiap point di bawah telah pun diberi penerangan yang begitu jelas dan mudah difahami =)
Jadi, saya ringkaskan di sini, 10 perkara yang boleh merosakkan otak adalah :
1. tidak mengambil sarapan pagi
2. terlebih makan
3. merokok
4. mengambil gula berlebihan
5. menghidu udara yang tercemar
6. tidur yang berlebihan
7. tidur dengan menutup muka
8. kurang berimaginasi
9. jarang berfikir
10. tidak membaca Al-Quran.
related search : otak, 10 perkara yang merosakkan otak, menjaga otak, otak sihat.

Sunday, February 12, 2012
Restoran turut jadi sarang GRO
KUALA LUMPUR - Polis mendedahkan bahawa siasatan terhadap segelintir
pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing yang ditahan mendapati
wanita-wanita itu telah sewenang-wenangnya keluar masuk Malaysia
sehingga 10 kali walaupun pernah ditangkap atas kesalahan melacur.
Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, maklumat itu diperoleh berdasarkan soal siasat terhadap GRO yang pernah ditahan sebelum ini dan wanita-wanita yang ditahan dalam serbuan serentak di tiga tempat sekitar ibu negara semalam.
Katanya, selain itu, antara cabaran dan kesukaran untuk mengekang kegiatan GRO asing adalah kerana mereka datang ke negara ini atas kapasiti sebagai pelancong.
"Saya akan mencadangkan kepada Jabatan Imigresen supaya membuat saringan lebih ketat di pintu masuk negara ke atas mana-mana wanita yang mempunyai rekod salah guna pas lawatan sosial dan bekerja sebagai GRO.
"Kita tidak boleh menyekat kemasukan pelancong, namun jika ada saringan lebih ketat ia dapat mengurangkan kegiatan tidak bermoral itu," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan polis yang menahan 104 GRO dalam serbuan serentak di tiga premis di Serdang, Jalan Pudu dan Bukit Bintang di sekitar ibu negara kelmarin.
Kesemua GRO dari China, Thailand, Vietnam serta Uganda berusia di antara 16 dan 35 tahun itu ditahan ketika sedang asyik melayan pelanggan masing-masing di dua buah pusat hiburan dan sebuah restoran di tiga lokasi itu.
sumber : kosmo! online

SEBAHAGIAN pengunjung dan GRO sebuah kelab malam memberi kerjasama kepada polis ketika proses mengambil keterangan dilakukan. |
Katanya, selain itu, antara cabaran dan kesukaran untuk mengekang kegiatan GRO asing adalah kerana mereka datang ke negara ini atas kapasiti sebagai pelancong.
"Saya akan mencadangkan kepada Jabatan Imigresen supaya membuat saringan lebih ketat di pintu masuk negara ke atas mana-mana wanita yang mempunyai rekod salah guna pas lawatan sosial dan bekerja sebagai GRO.
"Kita tidak boleh menyekat kemasukan pelancong, namun jika ada saringan lebih ketat ia dapat mengurangkan kegiatan tidak bermoral itu," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan polis yang menahan 104 GRO dalam serbuan serentak di tiga premis di Serdang, Jalan Pudu dan Bukit Bintang di sekitar ibu negara kelmarin.
Kesemua GRO dari China, Thailand, Vietnam serta Uganda berusia di antara 16 dan 35 tahun itu ditahan ketika sedang asyik melayan pelanggan masing-masing di dua buah pusat hiburan dan sebuah restoran di tiga lokasi itu.
sumber : kosmo! online
Saturday, February 11, 2012
Kelantan Kembali Terajui Liga Super
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Kelantan kembali menerajui kedudukan
teratas Liga Super hasil kejayaan menewaskan Terengganu 2-1 di Stadium
Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Baharu Sabtu.
Pasukan terkenal dengan jolokan 'The Red Warriors' itu kini mengutip 17 mata iaitu dua mata di hadapan pencabar terdekat Perak selepas mengharungi tujuh perlawanan.
Penyerang berbisa Norsharul Idlan Talaha memecah kebuntuan pasukan tuan rumah hasil jaringan pada minit ke-37 menerusi hantaran kemas Mohd Nurul Azwan Roya.
Kelantan kemudiannya menggandakan kedudukan 2-0 menerusi kapten pasukan Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-52.
Gol tunggal Terengganu hanya hadir pada pada minit terakhir perlawanan menerusi jaringan Mohd Ashari Shamsudin.
Sementara itu, harapan Perak untuk terus menduduki tangga teratas liga berkecai apabila tewas 0-2 kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Dua gol T-Team dijaringkan Bojan Petric pada minit ke-56 dan sepakan penalti Zairo Anuar Zailani (minit ke-88).
Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya, pasukan Selangor seperti hilang bisa apabila tewas 0-2 kepada pasukan bertaraf kelab, Selangor PKNS.
Gol Selangor PKNS dijaringkan oleh Rudie Ramli pada minit ke-33 dan Helmi Remeli (minit ke-60).
Sarawak pula menewaskan Felda United 2-1 di Stadium Negeri Sarawak, Kuching.
Gol pasukan tuan rumah dijaringkan oleh Vedran Murotovic pada minit ke-45 dan Asri Chuchu pada minit ke-84, Manakala gol tunggal Felda United di sumbangkan oleh Mohd Firdaus Faudzi.
Pasukan Lions XII mengalahkan Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura.
Dua tuan rumah dijaringkan oleh Mohd Shahril Ishak pada minit ke-31 dan minit ke-60 dan Shahdan Sulaiman menjaringkan gol ketiga pada minit ke-50.
Negeri Sembilan memperoleh gol tunggal hasil jaringan Mohd Firdaus Azizul pada minit ke-90.
Kedah pula seri 2-2 dengan Sabah di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
Gol kedah dijaringkan oleh Mohd Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-38 dan Mohd Faizal Abu Bakar (minit ke-39) manakala dua gol Sabah disumbangkan oleh Sharudin Yakup pada minit 21 dan 56.
Pasukan tercorot, Kuala Lumpur terus dihantui kekalahan setelah tumpas 0-2 kepada Johor FC di Stadium Hang Jebat, Melaka. Gol Johor FC dijaringkan Mohd Haris Safuan Mohd Kamal pada minit keenam dan Jasazrin Jamaluddin pada minit ke-83.
sumber :Bernama
Pasukan terkenal dengan jolokan 'The Red Warriors' itu kini mengutip 17 mata iaitu dua mata di hadapan pencabar terdekat Perak selepas mengharungi tujuh perlawanan.
credit |

Minda Separa Sedar Rakam Semuanya
Minda separa sedar Anda bertindak menjadi perakam video yang akan merakam kesemua fikiran Anda.
Minda separa sedar
menangangkap segala respon fikiran Anda pada persekitaran Anda – situasi
yang Anda lalui setiap masa, orang yang Anda jumpa, perkara yang Anda
buat, aktiviti Anda,perilaku Anda, imaginasi Anda, mainan fikiran Anda,
kata-kata hati Anda.
Apa yang direkod oleh minda separa sedar akan dilaksanakan sebagai arahan dengan cara ‘terima dan laksana’.credit |
Minda separa sedar anggap apa yang Anda selalu fikirkan, itulah yang perlu di realisasikan di dunia sebenar. Apabila Anda kerap teringat seseorang, secara tiba-tiba orang tu akan menelefon Anda atau Anda terserempak dengannya tanpa di sangka-sangka. Sebenarnya ini semua kerja minda.
Sebagai contoh, apabila Anda kerap membayangkan Proton Inspira sebagai kereta idaman Anda, secara tiba-tiba Anda akan selalu nampak kereta Proton Inspira ke mana saja Anda pergi, di mana jua Anda berada.
Apabila Anda sering membayangkan telefon bimbit idaman, Anda akan perasan yang Anda kerap ternampak handphone idaman Anda tu di mana-mana – di dalam gambar, dalam iklan, dalam tangan kawan Anda atau simply dalam majalah yang Anda baca.
Semua itu terjadi sebab Anda kerap memikirkannya!
Minda separa sedar bekerja di luar batasan logika. Anda takkan tahu bagaimana minda separa sedar bekerja, seperti mana Anda tak tahu cemana handphone Anda menghantar sms kepada kawan Anda dalam masa satu saat saja. Yang Anda tahu, taip sms dan tekan send, kan?. Begitu juga minda separa sedar.
Secara asas, minda separa sedar memberi respon pada fikiran Anda iaitu perkara yang kerap Anda fikirkan, yang kerap Anda bayangkan, yang kerap Anda imaginasikan.
Minda separa sedar sensitif pada FEEL Anda dan EMOSI Anda ketika membayangkan sesuatu dengan kerap.
Sebab itulah kenapa orang yang bermasalah sering menjumpai lebih banyak masalah sebab fikirannya di dominasi oleh masalah, emosinya didominasi oleh FEEL tertekan dek memikir masalah. Orang yang gembira jadi bertambah gembira sebab fikirannya di dominasi oleh FEEL gembira.
Orang yang selalu berfikir pasal kegagalan akan selalu gagal sebab dia banyak memikirkan kegagalan yang dilaluinya.
Orang yang berfikir pasal kejayaan banyak mencapai kehebatan sebab dia banyak berfikir mengenai kejayaan yang mahu dicapainya.
Seperti yang di katakan dulu, apa yang kerap Anda fikirkan, itulah yang akan terjadi. Fikirlah yang baik-baik, supaya semua yang terjadi dalam hidup Anda baik-baik belaka.
sumber : imotivasi
Encik Lamin Yang Kedekut
Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang penduduk
kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar tuntutan bulanan
kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan salah seorang yang terkaya
di situ. Penghulu mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya.
Tok Penghulu: Selamat pagi En. Lamin.
En Lamin: Selamat pagi, ada apa Tok .. pagi-pagi datang ke mari....?
Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya En. Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk kampung kita. En. Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya, saya raya tiada masaalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil.. bagi kemajuan kampung ini.
En Lamin: Aduh tok adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?
Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu...saya tak tau plak..
En Lamin: Apa Tok tau juga kalau saudara saya itu seorang veteran perang yang kudung serta buta dan memerlukan biaya perawatan?
Tok Penghulu: Kalau begitu.. saya minta maaf.
(sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin memotong dan menambah)
En Lamin: Apa tok juga tau kalau suami kakak saya sudah meninggal dan dia meninggalkan isteri dan 3 anak nya tanpa harta dan warisan?
Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).
En Lamin: Jadi,...pendek kata... mereka ajer tak pernah saya bagi sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.

lawak di rumah sakit jiwa
Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu
takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang
pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu
dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun
melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah
pulih ataupun tidak.
Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"

lelaki senyum kurang menawan wanita
LONDON: Jika anda lelaki, berhenti berharap untuk menggoda wanita kontemporari, dengan senyuman. Kajian terbaru manunjukkan, wanita kini tidak lagi menganggap lelaki yang gemar tersenyum sebagai pasangan yang menarik. menurut penyelidikan pakar psikologi Universiti Columbia di Kanada, wanita lebih berminat kepada lelaki yang menunjukkan ciri ego dan pemalu. Kajian itu dibuat bagi mengetahui sama ada nasihat supaya sentiasa senyum ketika bertemu seseorang dibuat hasil keputusan ujian makmal.
Penyelidikan menggunakan lebih 1,000 gambar lelaki dan wanita dengan pelbagai ekspresi muka dan ditunjukkan kepada responden. Mereka kemudian diminta memberi markah berdasarkan kepada daya tarikan ditunjukkan setiap wajah berkenaan. Seorang daripada penyelidik berkata, sikap ego yang dipaparkan lelaki mungkin menyebabkan dia kelihatan lebih meyakinkan dan mampu menjadi pelindung wanita.
p/s : hakikatnya, senyum itu, tidak kiralah lelaki ke perempuan ke, akan menambahkan manis di wajah mereka yang senyum kan. dan senyum juga sebenarnya merupakan satu sedekah. senyum juga dapat merapatkan hubungan sesama manusia. senyum dapat memberikan impresi pertama yang baik. dalam kata lain, senyum sebenarnya memberikan 1001 kebaikan. jadi, jom kita senyum ! =)
credit |
credit |
Sunday, January 15, 2012
Senarai Filem Paling Popular Tahun 2011
Tahun 2011 telah melabuh lama melabuh tirainya. Hari ini sudah pun 15 Januari 2012. Pada saat aku menaip post ini, sudah separuh bulan Januari ini. Namun, setelah aku dok surfing internet tadi, then, terjumpalah satu blog yang menyenaraikan filem-filem terbaik 2011. Dan aku membuat keputusan untuk 'menempek' di blog ney. hehe
Sebenarnya, aku memang nak cari info tentang filem Ombak Rindu yang merupakan filem arahan Osman Ali. Filem Ombak Rindu ini diadaptasi daripada sebuah novel Fauziah Ashari. Oleh sebab ramai kawan aku yang menumpaskan air mata hasil daripada menonton filem ini, aku pun 'godek' la kat google.
Di bawah ney marupakan kedudukan filem Melayu yang paling laris di Malaysia pada tahun 2011.
1) KL Gangster (RM11.74 juta)
Filem arahan Syamsul Yusof yang ketika ini memegang rekod sebagai filem melayu dengan kutipan tertinggi dalam sejarah. Filem lakonan Aaron Aziz dan Adi Putra berkisar permusuhan dunia samseng di Kuala Lumpur ini telah mencatat kutipan RM11.74 juta dan Syamsul Yusof sendiri telah diiktiraf sebagai Pengarah Terbaik untuk arahannya dalam filem ini dalam FFM24. Kejayaan KL Gangster membuktikan filem aksi kini mula mendapat perhatian peminat filem tempatan yang masa satu ketika dahulu dipenuhi genre seram.
2) Ombak Rindu (RM11.2)
Masih ditayangkan ketika ini namun pencapaiannya mencatat kutipan RM10 juta setelah dua minggu ditayangkan adalah satu pencapaian yang luar biasa hebatnya. Filem arahan Osman Ali yang diadaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama hasil nukilan Fauziah Ashari. Menceritakan tentang kehidupan SEOrang gadis bernama Izzah yang yatim piatu yang kemudiannya jatuh cinta dengan SEOrang lelaki kaya bernama Hariz. Juga merupakan genre baru yang menarik minat filem tempatan ke panggung setelah sebelum ini dikuasai genre seram.
3) Hantu Bonceng (RM8.53 juta)
Filem komedi seram nampaknya masih lagi mempunyai daya tarikan kuat untuk penonton ke pawagam. Hantu Bonceng diarahkan oleh Ahmad Idham, satu nama yang tidak dapat dipisahkan dengan kutipan box-office. Elemen komedi, aksi dan seram memang tidak dapat dipisahkan dengan pengarah ini dan sekali lagi dia menyuntik elemen tersebut ke dalam Hantu Bonceng. Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans digandingkan di layar perak untuk filem yang berkisar mat rempit diganggu hantu wanita yang pernah kemalangan bersamanya. Pastinya Ahmad Idham sudah pastinya tersenyum dengan kutipan lebih RM8 juta untuk filem tersebut.
4) Kongsi (RM8.09 juta)
Shaheizy Sam, itulah nama utama yang menjadi penyebab untuk menarik penonton ke panggung ketika ini. Bintang paling popular itu dilihat sebagai elemen utama untuk Kongsi arahan Farid Kamil mencatat kutipan RM8.09 juta. Kongsi berkisarkan SEOrang pembunuh upahan dari Thailand yang memegang misi untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia dan tidak dinafikan filem yang mempunyai wajah Shaheizy berpeluang cerah untuk berjaya mencatat kutipan box-office.
5) Khurafat (RM8.08 juta)
Khurafat merupakan filem kedua paling berjaya arahan Syamsul Yusof untuk tahun 2011 ini. Ditayangkan seawal bulan Januari dan mencatatkan kutipan lebih RM8 juta. Lantas penggiat filem dan pihak media melihat ia sebagai penanda aras kepada satu perkembangan positif. Dilakonkan oleh Syamsul sendiri bersama Liyana Jasmay, keunikan jalan ceritanya serta imej seram yang begitu efektif menjadi penarik utama penonton ke panggung.
6) Hikayat Merong Mahawangsa (RM6.5 juta)
Filem Terbaik untuk Festival Filem Malaysia ke 24. Filem epik sejarah yang berkisar tentang Merong Mahawangsa yang membentuk kerajaan utama Langkasuka ini diterbitkan KRU Studio dan diarahkan Yusry Abdul Halim. Walaupun berjaya mencatat kutipan RM6.5 juta, ramai yang mengganggap filem ini sepatutnya mencatat kutipan jauh lebih baik dan setimpal dengan bajetnya yang besar. Setiap elemen sama ada daripada segi kostum, prop dan efek kesan khas sememangnya mengkagumkan malah boleh dikatakan setanding dengan kualiti antarabangsa.
7) Nur Kasih The Movie (RM4.93 juta)
Asalnya sebuah drama bersiri TV, namun populariti yang tinggi menyebabkan Nur Kasih diadaptasi ke dalam bentuk filem pula. Hebatnya kisah cinta Adam dan Nur Amina yang menjadi ikutan buat peminat telah membolehkan Nur Kasih The Movie arahan Kabir Bhatia mencatat keuntungan RM4.93. Lebih penting, nama Tiz Zaqyah, Remy Ishak dan Fizz Fairuz kini telah menjadi nama besar dalam industri hiburan di atas kejayaan siri Nur Kasih tersebut.
8) Bini-Biniku Gangster (RM4.71 juta)
Gandingan Shaheizy Sam, Intan Ladyana dan Yana Samsudin dalam Adnan Sempit sememangnya dilihat ada chemistry dan mungkin atas dasar itulah mereka bertiga digandingkan sekali lagi dalam filem Bini-Biniku Gangster. Hasilnya, filem arahan Ismail Bob Hashim ini berjaya mengutip RM4.71 juta dan siapa sangka, filem yang menceritakan kisah SEOrang lelaki beristeri dua, namun tidak mengetahui yang kedua-dua isterinya itu adalah ketua gangster untuk kumpulan masing-masing adalah hasil garapan skrip oleh Yana Samsudin sendiri.
9) Karak (RM4.28 juta)
Merupakan percubaan pertama KRU Studio menerbitkan filem bergenre seram dan buat pertama kalinya, juara Akademi Fantasia 8, Shahir muncul di layar perak. Inisiatif Yusry Abdul Halim untuk menterjemahkan kisah urban legend di lebuhraya Karak seharusnya dipuji dan tidak lengkap sesebuah filem KRU itu jika tanpa efek kesan khas yang hebat. Karak berjaya mengutip RM4.28 juta dan genre seram dilihat masih merupakan pilihan utama untuk penonton ke panggung.
10) Alamak Toyol
Alamak Toyol diarahkan Ismail Bob Hashim dan dilakonkan oleh Along dan Angah dari Raja Lawak. Baru saja ditayangkan November lalu dan kutipannya dilihat memberangsangkan dengan keuntungan mencecah RM3.74 juta. Kisah dua orang perompak yang melatih toyol belaan mereka mencuri ini sarat dengan komedi ringan dan sepertimana juga genre seram, genre komedi masih merupakan elemen utama penonton di Malaysia.
sumber : pendekarberkuda
p/s : sebenarnya, aku sendiri pun masih lagi belum menyaksikan filem Ombak Rindu ney. Takut gak nak tengok. kang nangis tak stop kan susah plak ! hehe

Saturday, January 14, 2012
fur is dirty with poo
Thursday, January 5, 2012
10 Petua Penjagaan Mata Bagi Pengguna Komputer
Pada masa kini yang serba canggih ini, penggunaan komputer dengan kerap tidak dapat lagi dinafikan. Tidak kira peringkat umur, lelaki atau perempuan, apa jua pekerjaan yang dilakukan, penggunaan komputer boleh dikatakan salah satu alat yang mesti ada dalam menyiapkan sesuatu tugasan.
Namun, apa yang penting di sini, adalah nikmat kurniaan Tuhan yang patut kita jaga dan syukuri iaitu penglihatan. oleh itu, silalah amalkan petua penjagaan mata di bawah ini demi memastikan mata kita sentiasa di tahap yang memuaskan.
1. Lakukan Pemeriksaan Mata
Individu yang banyak menggunakan komputer
perlulah menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali.
Bagi yang baru mendapat pekerjaan yang bersangkut paut dengan penggunaan
komputer, anda perlulah membuat check-up mata untuk menentukan tahap
penglihatan dan kesihatan mata. Pemeriksaan ini penting untuk mencegah
sindrom yang mungkin berlaku dan dapat mengesan masalah rabun atau ‘dry
eye’.
Menurut Institut Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), pemeriksaan mata bagi
pekerja industri yang menggunakan komputer adalah sangat perlu. Individu
perlulah melaporkan pada pakar mata atau Optometris berapa kerap
penggunaan komputer dalam satu-satu masa.
2. Gunakan Pencahayaan yang Bersesuaian
Keletihan pada mata akibat penggunaan
komputer bertambah apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber
luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Sepatutnya,
pencahayaan sekeliling bagi penggunaan komputer perlu lah separuh lebih
malap dari, cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat
kebiasaannya.
Gunakan lampu pejabat atau bilik yang
mempunyai intensiti yang rendah atau menggunakan bilangan lampu/bulb yg
sedikit sahaja. Kalau boleh jangan menggunakan komputer di tepi tingkap
yang banyak cahaya matahari. Tutup tingkap dan sumber cahaya berlebihan
untuk keselesaan.
3. Kurangkan Silau
Keletihan mata akibat silau dari sumber
cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding,
skrin komputer dan sebagainya. Elakkan penggunaan dinding bilik
yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang ada
filter cahaya.
Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta
anda mempunyai Anti-Reflection Coating (Multicoating) untuk meminimumkan
kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stress pada mata kita.
credit |
4. ‘Upgrade’ Monitor
Monitor jenis lama (CRT) akan
menghasilkan ‘flicker’ yang menjadi sumber dan faktor utama SPK.
‘Flicker’ akan menjadi lebih kelihatan jika monitor hanya mempunyai
refresh rate kurang dari 75 Hz. Tetapkan refresh rate monitor lebih dari
75 Hz untuk keselesaan semasa penggunaan komputer.
Seeloknya tukarlah kepada monitor LCD
seperti yg terdapat pada skrin laptop. Skrin jenis flat ini perlu lah
mempunyai ‘dot-pitch’ yang rendah (kurang dari 0.28mm) untuk penggunaan
yang memberikan kurang beban pada mata. Pilihlah skrin LCD yang bersaiz
besar untuk lebih selesa.
5. Ubahsuai Keterangan dan Kontras Tulisan dan Latar Belakang Komputer
Saiz font perlulah bersesuaian dengan
tahap penglihatan selesa kita dan jangan terlalu kecil. Objek atau
tulisan perlu berlainan kontras untuk mengelakkan ketidakselesaan pada
mata.
Sebagai contoh tulisan hitam perlulah
dipadankan dengan latar belakang berwarna terang dan jangan sesuaikan
dengan latar belakang gelap ataupun berserabut dengan pelbagai warna.
6. Kelipkan Mata Dengan Kerap
Setiap 20 minit penggunaan komputer,
berhenti seketika dan kelipkan mata secara perlahan-lahan (seperti mata
orang nak tertidur) sehingga menutup mata seluruhnya. Ulang sebanyak 10
kali dan kemudian teruskan kerja kembali. Mengikut kajian, individu yang
menggunakan komputer, akan kurang berkelip.
Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan
air mata akan menyejat dam meninggalkan lapisan mata tidak mempunyai
perlindungan. Fenomena ini disebut ‘Dry Eye’. Pengguna komputer perlulah
menyediakan sebotol ‘artificial tears’ untuk membasahkan mata apabila
terasa kering dan berpasir. Keadaan mata kering ini semakin teruk
apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin.
7. Rehatkan Pandangan
Setelah otot-otot penglihatan memfokus
lama pada skrin komputer, rehatkanlah otot-otot terbabit dengan cuba
memandang objek jauh seketika setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan
kesan stress pada bebola mata anda.
LATIHAN/SENAMAN: Satu
lagi latihan yang dapat dilakukan adalah dengan melihat objek jauh
selama 10-15 saat dan kemudian kembali melihat objek dekat selama 10-15
saat juga. Ulangi selama 4-5 kali. Latihan ini penting supaya otot-otot
fokus tidak kejang akibat penggunaan komputer yang berlebihan. Jika
otot-otot fokus kejang, pengguna komputer akan kabur melihat objek-objek
jauh selepas penggunaan komputer.
8. Luangkan Masa Untuk Berehat
Pengguna komputer yg berehat hanya 5
minit tetapi sebanyak 4 kali sepanjang hari lebih baik dan melegakan
berbanding darpada pengguna komputer yang berehat 15 minit sebanyak 2
kali sepanjang hari.
Dalam kes ini, kuantiti rehat adalah
lebih penting dari masa rehat yangg lama. Apabila rehat, lakukanlah
‘stretching’ bahu, leher serta belakang badan untuk melegakan otot-otot
yang terlibat.
9. Ubahsuai Susunan Meja Kerja Anda
Jika anda perlu melihat bersilih ganti
antara ‘print copy’ dan skrin komputer, letakkan ‘print copy’
bersebelahan dengan monitor dengan menggunakan ‘stand’ untuk mengelakkan
keletihan pada otot-otot mata. Boleh gunakan lampu meja tetapi jangan
suluh pada skrin komputer atau mata anda.
Ubah suai kerusi anda sama level dengan
skrin komputer supaya skrin komputer terletak 10-15 darjah bawah dari
satah penglihatan anda. Ubahsuai juga jarak antara mata dan skrin
komputer seeloknya sejauh 50 -100 cm (20-40 inci). Berada terlalu dekat
dengan monitor/skrin memang sedikit membahayakan bagi mata kita.
Seharusnya kita menjaga jarak pandang ke monitor kita dengan baik.
10. Pakai Cermin Mata Khas Untuk Penggunaan Komputer
Pengguna komputer yang berpanjangan
(walaupun yang tidak rabun) elok memakai cermin mata khas untuk
memberikan keselesaan dalam melakukan pelbagai kerja dekat. Dapatkan
info dari Optometrist yang berhampiran tentang kanta khas ini. Rujuklah
jenama-jenama terkenal di pasaran seperti Hoya Remark dan Essilor
Anti-Fatigue.
Jangan terkeliru dengan kanta yang
kononnya sebagai kanta untuk komputer tetapi berharga murah. Kanta ini
hanya memberi perlindungan terhadap cahaya berlebihan yang dihasilkan
oleh komputer tetapi tidak memberi apa-apa fungsi dalam mengelakkan
stress pada mata dan SPK keseluruhannya.
sumber : melayukini.net
Tips ringkas untuk menguatkan daya ingatan
di sini, aku nak share tips ringkas untuk menguatkan daya ingatan kita semua. tips ini boleh dikatakan kesinambungan dari petua Imam Syafie berkenaan dengan pengambilan makanan dan juga amalan-amalan seharian kita yang berkait rapat dengan daya ingatan kita.
Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air sejuk, minuman dalam tin
Kurangkan makan organ dalaman ayam
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam
amalan yang perlu diamalkan untuk menguatkan daya ingatan :
Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain
Selalu makan makanan yang panas-panas
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya, badam dan lain-lain
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam-ulam
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum atau soya
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00 malam
p/s : selamat beramal =)

cheat in exam ! prayer granted.
lirik lagu Penerang Hati - Sixth Sense & Saujana
credit |
Mencinta Mu tenangkan jiwa
Merindu Mu hatiku selalu
Hanya diri Mu satu cintaku
Oh takkan mampu ku jauh dari Mu
Satu nafas ku harap Kau ada
Hanya pada Mu Tuhan ku rayu
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku
Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi
Jangan pernah kau menjauh
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku
Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi
Ku akan mencinta Mu
Selalu merindu Mu seluruh jiwaku
Kau terangi aku
Engkau penjaga hatiku
Pendamping jiwaku
Cerahkan cintaku
Cinta yang abadi
nyanyian : Sixth Sense & Saujana
damn ! password changed !
kita(geng geng laki) selalu lupa kan tarikh-tarikh penting macam ney. tapi takpe la, perempuan lebih baik dalam mengingat semua benda macam ney. tapi, bila mana seseorang lelaki peka dalam hal begini, ingat tarikh-tarikh penting ke,hargailah mereka . =)
maaf
betul tu, kadang-kadang kita terlupa untuk mengucapkan perkataan 'maaf', terasa berat sekali untuk mulut mengungkapkan perkataan 'maaf' tersebut. walhal, dengan satu perkataan ringkas itu, dapat menyelamatkan hubungan, mengeratkan hubungan tidak kira lah antara keluarga, rakan, teman dan sebagainya.
sedarlah terutamanya kaum adam yang mempunyai ego yang tinggi. mengungkapkan perkataan maaf tidak selalunya bermaksud engkau salah and orang yang satu lagi adalah betul. ia bermaksud bahawa engkau lebih mementingkan hubungan lebih dari ego.

Tuesday, January 3, 2012
apa kata Bill Gates
"untuk menjadi seorang jurutera yang professional, selalulah belajar lewat untuk peperiksaan kerana ia mengajar kamu untuk menguruskan masa(kritikal time) dan menguasai masa-masa kecemasan"
Labels:
bill gates,
galeri gambar,
geli hati,
kelakar,
lawak,
lucu
OSBON JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2011 ASTRO
hah! siapa lagi kalau tak lain tak bukan yang memenangi tempat pertama Maharaja Lawak Mega (MLM) 2011 kalau tidak OSBON. Kumpulan Osbon ini dianggotai oleh Os dan juga Abon memang menepati ramalan ramai dan muncul juara dan mendapat habuan RM350,000 pada pertandingan peringkat akhir di Stadium Melawati. Kumpulan Boboi, adalah pesaing terdekat muncul naik juara dan diikuti oleh kumpulan Saehu.
tempat pertama : Osbon (RM350,000)
tempat kedua : Boboi (RM250,000)
tempat ketiga : Saehu (RM150,000)
Pada pertandingan peringkat separuh
akhir di Johor Bahru, Johor pada 23 Disember lalu, Osbon dan Boboi
mendahului semua peserta dengan masing-masing mendapat 72 markah diikuti
Saehu (59), Syok (58) dan Pi Mai (49).
Sementara itu, kumpulan Syok menjadi
pemenang keempat dengan meraih hadiah RM50,000 pada pertandingan yang
disiarkan melalui saluran Astro Warna. Pertandingan itu mengadili para
pemenangnya menerusi 70 markah daripada para pengkritiknya manakala 30
markah lagi diperolehi menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS)
penonton di rumah.
Tiga pengkritik tetap MLM ialah Datuk
Siti Nurhaliza, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dan Zainal Abidin
Hassan manakala pengkritik jemputan pada final pertandingan itu ialah
pelakon Aaron Aziz.
Selain Osbon dan Boboi, MLM turut
disaingi oleh dua lagi kumpulan iaitu SYOK yang dianggotai oleh Suhaimi,
Ifa Raziah dan Arif Sudin dan Saehu (Eko, Bocil dan Vicha).
Osbon |
Boboi |
Saehu |
where do penguin live?
sedang aku asyik surfing internet, datang seorang kawan menghampiri aku dan menepuk bahu aku.
" weh bro, katne ye penguin hidup?? ", tanya beliau kepadaku.
aku pun, menggaru kepalaku yang botak. hehe sambil menggilingkan kepala dari kanan ke kiri, dari kiri ke kanan.
jadi, posting kali ney aku cite la katne penguin tinggal yer. ney pun aku jumpa kat internet tu. just copy paste je. tambahan lagi, dalam bahasa inggeris gitu.
__________________________________________________________________________________________
Penguins love ice and they love the sea. You never see a penguin sunbathing!
Penguins live in the southern half of the world. You can find them on the shores of Antarctica. Antarctica is a very large area covered in ice. It is too cold for people, but perfect for penguins.
Penguins also live in the south of :
There is ice in Canada and the Arctic. But penguins don't live in the northern half of the world.
The most northerly place that penguins live is on the Galapagos Islands. The Galapagos Islands are near Ecuador in South America.
Penguins do not usually live near people. But they are not afraid of us. We can watch penguins more easily than most birds.
sumber : ESLYoungLearners

- Australia
- New Zealand
- America
- Africa.
There is ice in Canada and the Arctic. But penguins don't live in the northern half of the world.
The most northerly place that penguins live is on the Galapagos Islands. The Galapagos Islands are near Ecuador in South America.
Penguins do not usually live near people. But they are not afraid of us. We can watch penguins more easily than most birds.
credit |
sumber : ESLYoungLearners
lawak muntah.
Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.
“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”
sumber : kahkahkah.mnazman.com

2 Tips Motivasi Bagaimana Untuk Set Azam Tahun Baru 2012
credit |
Berikut adalah 2 tips motivasi bagaimana untuk set azam tahun baru 2012 khusus bagi anda yang masih termanggu-manggu azam apa yang Anda nak capai pada tahun 2012.
1. Tips 1: Lihat Apa Yang Anda Mahu Perbaiki.
Setiap dari kita adalah kelemahan tersendiri, kesilapan, kegagalan. Set azam untuk perbaiki kelemahan, kesilapan dan kegagalan itu pada tahun 2012. Masa lalu usah disamakan dengan masa sekarang ni. Gagal di masa lalu, jangan jadikan pengukur untuk berkemungkinan gagal pada masa kini. Jadikannya pengajaran saja, perbaiki diri Anda, tambah ilmu kemudian berusahalah jadi semakin baik, semakin bagus.
2. Tips 2: Fikir Apa Anda Mahu Capai.
Fikir apa yang Anda mahu capai pada tahun 2012. Ia mungkin lebih dari satu – misalnya mahu mencapai gred cemerlang, mahu jadi anak cemerlang, mahu jadi usahawan cemerlang, mahu jadi suami atau isteri cemerlang. Cara terbaik, fikirkan apa yang Anda mahu capai dalam bidang kekeluargaan, kerjaya dan ketuhanan (ibadah). Ini penting kerana tujuannya adalah untuk memajukan hidup Anda. Tak ada 3 aspek ini, hidup Anda tak ada kemajuan. Jadi, apa yang mahu capai pada tahun 2012? Tanya diri Anda, jawapan yang muncul, itulah yang Anda akan terfikir untuk jadi azam Anda untuk tahun 2012.
sumber : iMotivasi
post pertama - Jom Relaks Minda.
ada ke orang taip untuk post pertama ney? eh, mesti la ada kan kan. sempena tertubuhnya blog ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2012. masih belum terlambat kan untuk aku mengucapkannya! harini baru 3 Januari. diharap, kita semua mendapat menfaat di tahun baru ini. mulakan azam baru. Apa yang berlaku sepanjang tahun 2011, kita jadikan iktibar. apa yang penting adalah, kita mulakan tahun baru dengan lebih bersemangat dan bermotivasi.
jadi, dengan blog ini, akan aku kongsikan segala-galanya untuk kita jadikan tatapan. aku aku kongsikan tips-tips, tutorial, isu-isu semasa, info menarik, kisah lawak dan sebagainya, untuk kita sama-sama merelakskan minda kita, yang mungkin letih seharian bekerja. Jadi, diharap, apabila korang, readers blog ini menjenguk blog ini, dapatlah mengurangkan sedikit tekanan di tempat kerja atau dapat menghilangkan bosan tu yer !
apa-apapun, jikalau ada salah silap dalam aku menbangunkan blog ini, teguran yang membina amat digalakkan. semoga kita semua mendapat manfaat daripada kegiatan aktiviti berblogging ini ye ! selamat tahun baru dan selamat berblogging !

Subscribe to:
Posts (Atom)