Pada masa kini yang serba canggih ini, penggunaan komputer dengan kerap tidak dapat lagi dinafikan. Tidak kira peringkat umur, lelaki atau perempuan, apa jua pekerjaan yang dilakukan, penggunaan komputer boleh dikatakan salah satu alat yang mesti ada dalam menyiapkan sesuatu tugasan.
Namun, apa yang penting di sini, adalah nikmat kurniaan Tuhan yang patut kita jaga dan syukuri iaitu penglihatan. oleh itu, silalah amalkan petua penjagaan mata di bawah ini demi memastikan mata kita sentiasa di tahap yang memuaskan.
1. Lakukan Pemeriksaan Mata
Individu yang banyak menggunakan komputer
perlulah menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya setahun sekali.
Bagi yang baru mendapat pekerjaan yang bersangkut paut dengan penggunaan
komputer, anda perlulah membuat check-up mata untuk menentukan tahap
penglihatan dan kesihatan mata. Pemeriksaan ini penting untuk mencegah
sindrom yang mungkin berlaku dan dapat mengesan masalah rabun atau ‘dry
eye’.
Menurut Institut Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), pemeriksaan mata bagi
pekerja industri yang menggunakan komputer adalah sangat perlu. Individu
perlulah melaporkan pada pakar mata atau Optometris berapa kerap
penggunaan komputer dalam satu-satu masa.
2. Gunakan Pencahayaan yang Bersesuaian
Keletihan pada mata akibat penggunaan
komputer bertambah apabila terdapat cahaya yang berlebihan dari sumber
luar (matahari) dan lampu di dalam rumah atau pejabat. Sepatutnya,
pencahayaan sekeliling bagi penggunaan komputer perlu lah separuh lebih
malap dari, cahaya lampu yang digunakan di rumah dan pejabat
kebiasaannya.
Gunakan lampu pejabat atau bilik yang
mempunyai intensiti yang rendah atau menggunakan bilangan lampu/bulb yg
sedikit sahaja. Kalau boleh jangan menggunakan komputer di tepi tingkap
yang banyak cahaya matahari. Tutup tingkap dan sumber cahaya berlebihan
untuk keselesaan.
3. Kurangkan Silau
Keletihan mata akibat silau dari sumber
cahaya boleh terjadi akibat pembalikan cahaya dari permukaan dinding,
skrin komputer dan sebagainya. Elakkan penggunaan dinding bilik
yang berwarna terang, seperti putih dan gunakan skrin komputer yang ada
filter cahaya.
Bagi pemakai cermin mata, pastikan kanta
anda mempunyai Anti-Reflection Coating (Multicoating) untuk meminimumkan
kesan silau pada mata sekaligus mengurangkan stress pada mata kita.
credit |
4. ‘Upgrade’ Monitor
Monitor jenis lama (CRT) akan
menghasilkan ‘flicker’ yang menjadi sumber dan faktor utama SPK.
‘Flicker’ akan menjadi lebih kelihatan jika monitor hanya mempunyai
refresh rate kurang dari 75 Hz. Tetapkan refresh rate monitor lebih dari
75 Hz untuk keselesaan semasa penggunaan komputer.
Seeloknya tukarlah kepada monitor LCD
seperti yg terdapat pada skrin laptop. Skrin jenis flat ini perlu lah
mempunyai ‘dot-pitch’ yang rendah (kurang dari 0.28mm) untuk penggunaan
yang memberikan kurang beban pada mata. Pilihlah skrin LCD yang bersaiz
besar untuk lebih selesa.
5. Ubahsuai Keterangan dan Kontras Tulisan dan Latar Belakang Komputer
Saiz font perlulah bersesuaian dengan
tahap penglihatan selesa kita dan jangan terlalu kecil. Objek atau
tulisan perlu berlainan kontras untuk mengelakkan ketidakselesaan pada
mata.
Sebagai contoh tulisan hitam perlulah
dipadankan dengan latar belakang berwarna terang dan jangan sesuaikan
dengan latar belakang gelap ataupun berserabut dengan pelbagai warna.
6. Kelipkan Mata Dengan Kerap
Setiap 20 minit penggunaan komputer,
berhenti seketika dan kelipkan mata secara perlahan-lahan (seperti mata
orang nak tertidur) sehingga menutup mata seluruhnya. Ulang sebanyak 10
kali dan kemudian teruskan kerja kembali. Mengikut kajian, individu yang
menggunakan komputer, akan kurang berkelip.
Kekurangan kelipan mata akan menyebabkan
air mata akan menyejat dam meninggalkan lapisan mata tidak mempunyai
perlindungan. Fenomena ini disebut ‘Dry Eye’. Pengguna komputer perlulah
menyediakan sebotol ‘artificial tears’ untuk membasahkan mata apabila
terasa kering dan berpasir. Keadaan mata kering ini semakin teruk
apabila berada dalam bilik atau pejabat yang berhawa dingin.
7. Rehatkan Pandangan
Setelah otot-otot penglihatan memfokus
lama pada skrin komputer, rehatkanlah otot-otot terbabit dengan cuba
memandang objek jauh seketika setiap 20 minit. Ini dapat mengurangkan
kesan stress pada bebola mata anda.
LATIHAN/SENAMAN: Satu
lagi latihan yang dapat dilakukan adalah dengan melihat objek jauh
selama 10-15 saat dan kemudian kembali melihat objek dekat selama 10-15
saat juga. Ulangi selama 4-5 kali. Latihan ini penting supaya otot-otot
fokus tidak kejang akibat penggunaan komputer yang berlebihan. Jika
otot-otot fokus kejang, pengguna komputer akan kabur melihat objek-objek
jauh selepas penggunaan komputer.
8. Luangkan Masa Untuk Berehat
Pengguna komputer yg berehat hanya 5
minit tetapi sebanyak 4 kali sepanjang hari lebih baik dan melegakan
berbanding darpada pengguna komputer yang berehat 15 minit sebanyak 2
kali sepanjang hari.
Dalam kes ini, kuantiti rehat adalah
lebih penting dari masa rehat yangg lama. Apabila rehat, lakukanlah
‘stretching’ bahu, leher serta belakang badan untuk melegakan otot-otot
yang terlibat.
9. Ubahsuai Susunan Meja Kerja Anda
Jika anda perlu melihat bersilih ganti
antara ‘print copy’ dan skrin komputer, letakkan ‘print copy’
bersebelahan dengan monitor dengan menggunakan ‘stand’ untuk mengelakkan
keletihan pada otot-otot mata. Boleh gunakan lampu meja tetapi jangan
suluh pada skrin komputer atau mata anda.
Ubah suai kerusi anda sama level dengan
skrin komputer supaya skrin komputer terletak 10-15 darjah bawah dari
satah penglihatan anda. Ubahsuai juga jarak antara mata dan skrin
komputer seeloknya sejauh 50 -100 cm (20-40 inci). Berada terlalu dekat
dengan monitor/skrin memang sedikit membahayakan bagi mata kita.
Seharusnya kita menjaga jarak pandang ke monitor kita dengan baik.
10. Pakai Cermin Mata Khas Untuk Penggunaan Komputer
Pengguna komputer yang berpanjangan
(walaupun yang tidak rabun) elok memakai cermin mata khas untuk
memberikan keselesaan dalam melakukan pelbagai kerja dekat. Dapatkan
info dari Optometrist yang berhampiran tentang kanta khas ini. Rujuklah
jenama-jenama terkenal di pasaran seperti Hoya Remark dan Essilor
Anti-Fatigue.
Jangan terkeliru dengan kanta yang
kononnya sebagai kanta untuk komputer tetapi berharga murah. Kanta ini
hanya memberi perlindungan terhadap cahaya berlebihan yang dihasilkan
oleh komputer tetapi tidak memberi apa-apa fungsi dalam mengelakkan
stress pada mata dan SPK keseluruhannya.
sumber : melayukini.net
2 comments:
thanks for sharing the info! ((;
=) thanks for visiting this blog !
Post a Comment